Friday 8 April 2016

10 Nasihat Imam Hassan Al-Banna




" Imam Hasaan Al-Banna"





1. apabila saudara mendengar azan,, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau apa cara sekalipun.

2. Bacalah al-quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau pun amalkan zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah..

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab dengan betul kerana bahasa tersebut adalah satu-satunya syiar islam.

4. Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5.  Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6.  Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7.  Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.  Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.